Ada yang pernah pergi, ada yg tidak pernah pergi.. Ada yang berniat hendak pergi dan ada juga yg tidak berniat untuk pergi.. Ada yang mengetahui keindahan disebaliknya, ada juga yg tidak tahu keindahan disebalik umrah.. Sesiapa yang dapat pergi ke umrah adalah sangat beruntung kerana kita telah dijemput untuk bertandang dirumah Allah.. Bukankah semua harta yang kita ada milikNya? Jika tidak dijemput olehNya, pasti Allah akan memberi kita jalan utk menghabiskan harta kita ke jalan dunia dan bukan untuk berkunjung ke rumahNya.. Jadi sesiapa yg pergi menunaikan umrah adalah sgt beruntung kerana pertama kali dia mengingati Allah di dalam hidup dia dan Allah telah menetapkan takdir bahawa dia akan pergi berkunjung ke rumahNya.. Walau bagai mana pun ada yang tidak sopan ketika mengunjungi rumahNya kerana yang kaya pergi ke sana untuk bercuti,ada yang kelas pertengahan pergi ke sana untuk berniaga dan ada yg miskin pergi ke sana utk meminta sedekah..
Dalam rukun umrah sendiri ada makna yg cukup mendalam untuk kita hayati.. Seperti tawaf iaitu mengililingi Kaabah sebanyak 7 kali.. Ia boleh di ibaratkan seperti kita si miskin dan pengemis (hina) berkunjung ke rumah orang yang sangat kaya hartanya (mulia) untuk meminta sebuku roti yang tidak lah bernilai sangat dibandingkan dengan kekayaannya.. Tetapi apabila dia tidak menberinya kepada kita, kita mengililingi rumahnya sebanyak 7kali sambil merayu memanggil-manggil namanya dengan penuh rintihan.. Begitulah simboliknya untuk rukun tawaf.. Kita mengelilingi rumah Allah yang maha kaya lagi pemurah sambil bertanya kepada Allah di dalam hati kita.. Mengapakah apa yang aku hajati tidak kau perkenanankan? Mengapakah? Mengapakah? Aku mahu....... Cuma kita perlu pastikan apa yang kita hajati tersebut adalah perkara yang baik yang tidak memudaratkan sesiapa termasuk lah diri kita..
Selain itu, beruntung bagi sesiapa yang menunuaikan umrah kerana dapat menunuaikan solat di masjidilharam di mana ganjaran solatnya adalah 100 000 kali ganda jika kita solat dirumah.. Ia bersamaan dengan kita solat 5 kali sehari semalam utk jangka masa 55 tahun 6 bulan dan 22 hari.. Ada yang menunaikan umrah umurnya tidak mencecah lagi 55 tahun tetapi telah sembahyang utk jangka masa yang begitu lama.. Begitulah la besarnya hikmah pergi menunaikan umrah.. Bukan itu saja.. Malah jika kita merderma di tanah haram.. 1 rupiah di sana jika ditukarkan dengan Ringgit Malaysia cume antara 80-90sen sahaja.. Akan dikira bersamaan 100 000 kali ganda di bumi kita sendiri.. Dengan menderma sebanyak 10 rupiah yang tidak sampai nilainya dengan RM10 di malaysia, kita telah diibaratkan telah menderma sebanyak 1juta di sana.. Begitu mulianya dan indahnya jikaulah kita dapat mendermakan sebanyak itu di malaysia ini? Tetapi kita tidak mampu melainkan jika kita menunaikan umrah..
Seterusnya, di Madinah juga banyak yang boleh diambil iktibar seperti di masjid nabawi di mana ganjaran solatnya 1000 kali ganda dengan kita solat dirumah.. Di sana,kita boleh memberi salam kepada Rasulullah S.A.W.. Bukan semua org berkesempatan memberi salam kepada Rasulullah S.A.W di makam beliau.. Yang juga diibaratkan apabila kita solat di raudah di dalam masjid itu iaitu antara mimbar dan rumah baginda, kita diumpamakan menunaikan solat disisi Rasulullah.. Tidak kah kita mahu menunaikan solat disisi pemimpin kita? Dan juga di sisi para sahabatnya seperti Saidina Abu Bakar yang di makamkan di sebelah makam Rasulullah S.A.W.. Tidak kah mahu kita merasa tenangnya hati dan fikiran apabila menunaikan solat bersama baginda? Renung-renung kan lah.
0 komentar:
Posting Komentar